SMK DATO KLANA PUTRA telah menjalankan majlis penutupan bulan kemerdekaan negara yang ke 54 pada 19 september 2011 yang lalu.Sepanjang bulan kemerdekaan yang lalu, bidang kemanusiaan dan pusat sumber sekolah telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti bicara tokoh dan laungan kemerdekaan oleh para pelajar, teka bilangan jalur gemilang, teka silang kata kemerdekaan, nyanyian kemerdekaan beriramakan lagu raya, buku skrap dan penulisan esei kemerdekaan oleh para pelajar. Bidang kemanusiaan dan pusat sumber sekolah telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya. tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat.
gambar sepanjang majlis penutupan bulan kemerdekaan: